JENAYAH & MAHKAMAH

Prosiding rayuan Syed Saddiq bersambung semula esok

PUTRAJAYA – Prosiding rayuan membabitkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mengetepikan sabitan empat pertuduhan berkaitan dana Armada yang dihadapinya akan bersambung semula esok di Mahkamah Rayuan, di sini.

Dalam video yang dikongsikan di Facebook hari ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan bahawa beliau tetap akan membersihkan namanya di mahkamah.

“Esok perjalanan diteruskan. Selepas sebulan tertangguh, prosiding di Mahkamah Rayuan akan bersambung semula.

“Prinsip bukan untuk dijual beli. Kebenaran bukan untuk ditangguh-tangguhkan. Segalanya kini terserah kepada Allah dan keputusan mahkamah. Insya-Allah kebenaran akan tetap menang,” katanya.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menangguhkan prosiding kepada 17 April susulan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, yang mewakili responden, tidak dapat meneruskan hujahan selepas beliau mengalami sakit tekak.

Syed Saddiq yang juga bekas Presiden Muda berkata, lima tahun menunggu dan bersabar, jadi sudah tiba masanya untuk kebenaran dibela.

“Esok adalah hari penentu. Berani kerana benar. Saya tidak meminta lebih, doakan saya kerana tiada senjata lebih yang kuat daripada doa kepada Allah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button