Remaja lelaki dakwa dicabul lelaki dikenali
KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dipercayai menjadi mangsa perbuatan cabul oleh seorang lelaki yang dikenalinya dalam kejadian di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Cheras.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Lim Chun How berkata, pihak polis menerima laporan daripada ibu mangsa pada 29 September lalu selepas anaknya menceritakan kejadian yang didakwa berlaku beberapa kali.
Menurutnya, suspek merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an dan kes kini disiasat oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
“Polis mengesahkan menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kejadian cabul terhadap anak lelakinya.
“Kes disiasat Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Difahamkan, mangsa mengenali suspek dan mendakwa telah dicabul beberapa kali sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibunya.
Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan polis kerana bimbang kejadian sama berulang dan boleh menjejaskan keselamatan anaknya.
Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti semua fakta berkaitan kes tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







