Lelaki hilang kaki kiri akibat bunga api
SEGAMAT – Angkara bunga api, seorang lelaki cedera parah termasuk putus kaki kiri di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, kejadian berlaku pukul 12.30 tengah malam ketika mangsa berusia 30-an bermain bunga api sebelum berlaku letupan.
Tambahnya, siasatan mendapati, mangsa bermain bunga api jenis ‘shoot cake 4(D) 16 shot (premium)’ di hadapan rumahnya sempena Tahun Baharu Cina.
“Akibat letupan itu mangsa cedera parah sehingga kudung kaki kiri dan dikejarkan ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan.
“Mangsa kini di zon merah dengan pemantauan dijalankan pasukan perubatan” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan mangsa putus kaki kiri dari bawah lutut dan kini dalam keadaan stabil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








