Polis rampas mercun bernilai RM2.2 juta di Sarawak
KUCHING – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas mercun dan bunga api tanpa permit dianggarkan bernilai RM2.2 juta dalam serbuan ke atas empat premis di beberapa daerah di negeri ini.
Komander Briged PGA Sarawak, Senior Asisten Komisioner Lim Bak Phai, berkata serbuan berkenaan dijalankan dari 26 hingga 28 Januari di Kuching, Sibu, Bintulu dan Lubok Antu.
Menurut beliau, operasi itu dilaksanakan sebagai sebahagian usaha berterusan polis membanteras penyimpanan dan penjualan bahan letupan secara haram, khususnya menjelang musim perayaan.

“Dalam operasi ini, polis turut menahan empat lelaki berusia antara 18 hingga 49 tahun bagi membantu siasatan.
“Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Sibu, Bintulu dan Lubok Antu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Tambahnya, di Lubok Antu dan Bintulu sahaja, pihaknya merampas sebanyak 14,454 unit mercun dan bunga api.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








