JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki dilapor hilang ditemukan terapung di Tasik The Mines

SERDANG – Misteri kehilangan seorang lelaki sejak awal minggu ini berakhir apabila mayatnya ditemukan terapung di Tasik The Mines, Seri Kembangan semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu pada pada pukul 2.25 petang.

Menurutnya, laporan dibuat oleh seorang pekerja Cruise The Mines yang menghubungi anggota polis bertugas di Kaunter Aduan Balai Polis Sungai Besi Indah, Seri Kembangan.

“Mangsa, seorang lelaki berusia 44 tahun, ditemukan terapung di tasik berkenaan.

“Semakan mendapati individu itu telah dilaporkan hilang sejak Isnin lalu,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Tambah beliau, laporan kehilangan mangsa telah dibuat oleh isterinya di Balai Polis Kajang pada Isnin.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

“Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button