BERITA SEMASA

Lelaki hilang sejak Mei, polis minta bantuan orang ramai

SUBANG JAYA – Polis mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Hasni Hashim yang dilaporkan hilang sejak lebih tiga minggu lalu dan kali terakhir dikesan berada di kawasan Taman Subang Mas, di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan kehilangan Hasni, 49, diterima pada 25 Jun lalu, kira-kira sebulan selepas dia dilaporkan tidak dapat dihubungi.

“Mangsa kali terakhir dilihat pada 27 Mei lalu, pada pukul 2.40 petang di kawasan Menara Suria, Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Wan Azlan, Hasni mempunyai ketinggian 170 sentimeter dan berat kira-kira 80 kilogram.

Dia berkulit sawo matang, berambut pendek hitam dan berhidung mancung.

Sehingga kini, usaha mengesannya masih diteruskan.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100 bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button