JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat dalam beg pakaian ditemukan terapung di Sungai Perak

KUALA KANGSAR – Penemuan sebuah beg pakaian terapung di tengah Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Lembah, di sini, bertukar gempar apabila orang awam menyedari terdapat mayat di dalamnya, hari ini.

Mayat berkenaan ditemukan dalam keadaan beg pakaian itu dibalut dengan pembungkus plastik pada bahagian tengah sungai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan itu pada pukul 4 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar kemudian digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, ketua operasi dimaklumkan oleh polis bahawa terdapat satu mayat berada di tengah sungai.

“Bagaimanapun, pihak bomba perlu menunggu sehingga pasukan forensik polis selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, anggota bomba setakat ini hanya menjalankan pemantauan di sekitar lokasi sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak polis.

Operasi terbabit membabitkan lima anggota dengan menggunakan sebuah kenderaan utiliti jenis van Urvan.

“Kes diklasifikasikan sebagai bantuan kepada polis bagi mengeluarkan mayat dari sungai,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button