BERITA SEMASA

Lebih 100 cawangan KFC ditutup sementara

KUALA LUMPUR – QSR Brands (M) Holdings Bhd menutup sementara lebih 100 cawangan KFC di seluruh negara susulan gerakan boikot yang berlangsung sehingga kini.

Menurut laporan harian Cina tempatan, Nanyang Siang Pau, QSR Brands yang memiliki dan mengendalikan francais KFC di Malaysia, telah menutup 108 cawangan di seluruh negara buat sementara waktu setakat 27 April.

Kelantan dikatakan paling teruk terjejas di mana hampir 80 peratus atau sehingga 21 cawangan berkenaan ditutup.

Katanya lagi, maklumat dan data menunjukkan bahawa cawangan-cawangan di 13 negeri di seluruh negara dan Kuala Lumpur telah digantung daripada perniagaan.

15 cawangan di Johor (tutup sementara waktu), Kedah (11), Terengganu (10), Pahang (10), Perak (9), Negeri Sembilan (6), Perlis (2), Melaka (2), Pulau Pinang (5), Kuala Lumpur (3), Sabah (1) dan Sarawak (2).

“KFC tiada dalam senarai Boikot, Divestment, Sanctions (BDS) syarikat sasaran. Tetapi ramai rakyat Malaysia melihat mana-mana pengendali makanan segera Amerika mempunyai kaitan dengan Israel termasuk KFC,” kata Profesor Mohd Nazari Ismail, pengerusi kumpulan BDS pro-Palestin Malaysia, memetik dari laporan The Straits Times.

Sementara itu, menurut laman web QSR Brand, ia berkata Malaysia menduduki tempat sebagai negara yang mempunyai salah satu kedai KFC dan Pizza Hut terbesar.

Sejak boikot bermula pada Oktober lepas, KFC telah mengubah strategi penjenamaannya menerusi usaha seperti mengedarkan risalah yang menekankan bahawa ia dimiliki oleh Johor Corporation, yang dimiliki oleh kerajaan negeri Johor.

Setakat ini, QSR Brands masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai penutupan sementara waktu sebahagian cawangan mereka itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button