Larian Keluarga Malaysia 2025 tawar markah PAJSK, hadiah lumayan menanti peserta
KUALA LUMPUR – Pelajar sekolah kini berpeluang menambah markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dengan menyertai Larian Keluarga Malaysia 2025 yang mendapat sokongan rasmi daripada Kementerian Pendidikan (KPM).

Acara yang bakal berlangsung pada 15 November 2025 di Padang Merbok, Kuala Lumpur ini bukan sekadar program larian, malah turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik termasuk sebuah kereta Perodua Axia, motosikal Honda RSX, skuter elektrik serta hadiah cabutan bertuah lain untuk para peserta yang bertuah.
Dengan hanya bayaran penyertaan sebanyak RM35, pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima kit larian eksklusif serta e-sijil penyertaan rasmi, sekali gus memberi peluang untuk menambah markah kokurikulum mereka.
Larian ini menampilkan dua kategori iaitu jarak 3 kilometer dan 5 kilometer, terbuka kepada seluruh keluarga Malaysia yang ingin menyemai semangat kesihatan, kekeluargaan dan gaya hidup aktif.
Menurut penganjur, penyertaan kali ini dijangka mendapat sambutan luar biasa memandangkan ia menggabungkan elemen riadah, kekeluargaan dan motivasi pelajar untuk aktif bersukan.
“Selain berseronok berlari bersama keluarga, para peserta juga berpeluang membawa pulang hadiah bernilai tinggi.
“Ini peluang terbaik untuk ibu bapa menyokong anak-anak mereka sambil menyemai semangat sihat dan patriotik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi atau terus ke laman web https://checkpointspot.asia/event/LKM25. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 Oktober 2025.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada Larian Keluarga Malaysia 2025 acara yang bukan sahaja menyeronokkan, malah menggalakkan gaya hidup sihat, semangat kekeluargaan serta menyemai nilai kesetiaan dan perpaduan sesama rakyat Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








