BERITA SEMASA

Laporan rasmi townhall isu buli akan dibahas di Parlimen

KUALA LUMPUR – Laporan rasmi mengenai isu buli hasil sesi Townhall Hentikan Buli: Suara Rakyat, Tanggungjawab Kita akan dibentangkan di Parlimen sebelum dibahaskan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, laporan itu sedang disiapkan Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Malaysia, lapor Kosmo Online.

Tarikh perbahasan mengenai isu tersebut, bagaimanapun, akan diputuskan selepas laporan lengkap diserahkan kepada pihaknya.

“Saya tengok dulu laporan itu, lepas itu baru saya buat keputusan bila nak dibahaskan. Insya Allah kalau lagi cepat mereka sediakan laporan sebab kalau mengikut Pengerusi tadi dia akan pergi townhall dulu dan townhall itu akan berlaku di luar Kuala Lumpur.

“Mungkin ambil masa… tapi tengoklah saya dapat laporan itu saya akan sesuaikan,” katanya selepas merasmikan sesi Townhall Hentikan Buli di Dewan Bankuet, Parlimen di sini hari ini.

Menurut Johari, perbahasan tersebut penting bagi memastikan rakyat mengetahui dapatan dan cadangan yang dikemukakan, selain memberi ruang kepada kerajaan mengambil tindakan susulan.

“Pandangan ini akan dikutip, akan dibukukan, akan dijadikan laporan dan insya Allah saya akan membenarkan debat berlaku supaya seluruh negara tahu bahawa ada satu kumpulan manusia berpayung di bawah jawatankuasa ini memandang serius apa yang sedang berlaku,” jelas beliau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button