BERITA SEMASAPMX

Malaysia disasarkan Mossad kerana pendirian terhadap Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Malaysia kini berada di bawah pemerhatian yang lebih ketat, berkemungkinan disebabkan oleh prinsip dan pendirian negara yang lantang terhadap ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian Malaysia terhadap isu Palestin mungkin menjadi punca negara menjadi sasaran bagi aktiviti melibatkan ejen Mossad, selain turut digunakan sebagai saluran bagi operasi penyeludupan senjata dan dadah.

“Perkara ini adalah berdasarkan taklimat terbaru yang diberikan oleh badan perisikan Malaysia memang mereka ambil berat betul soal ini setelah terbukti kehadiran mereka (Mossad) yang guna pasangan suami isteri Melayu sebagai agen atau kerjasama dengan Mossad.

“Malaysia kerana mungkin suara kita atau pendirian kita telah menjadi medan penyeludupan senjata dan dadah dan agen MOSAD,” kata Anwar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung langkah kerajaan menangani kemasukan agen perisikan Israel itu ke negara ini.

Anwar berkata, kehadiran agensi perisikan antarabangsa seperti Mossad sememangnya berbahaya, apabila terdapat insiden pembunuhan pada tahun 2012 yang dikaitkan dengan mereka.

Walau bagaimanapun, kecanggihan dan kepantasan operasi mereka menyebabkan sukar untuk dikesan lebih awal.

“Sebenarnya bahaya kehadiran badan perisik antarabangsa itu termasuk Mossad tahun pada 2012 memang dibunuh cuma mereka ini cukup canggih dan pantas sebelum dapat dikenal pasti,” ujar Anwar.

Baca juga : Polis digesa siasat dakwaan Yusoff Rawther ejen Mossad

Tahun lalu, sepasang suami isteri warga Malaysia didakwa di mahkamah atas kesalahan berkaitan pemilikan pistol secara salah di sisi undang-undang serta disyaki menjual senjata api kepada seorang lelaki warga Israel.

Kedua-dua mereka merupakan antara 15 individu yang telah ditahan oleh polis dalam beberapa siri operasi susulan penangkapan seorang rakyat Israel yang memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di Kuala Lumpur pada 27 Mac tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button