BERITA SEMASA

PM adakan pertemuan bersama Presiden FIFA

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino di sini.

Menurut Perdana Menteri, pertemuan antara kedua-dua pihak itu tertumpu kepada usaha memperkukuh ekosistem bola sepak di Malaysia dan rantau ASEAN.

Katanya, ia termasuk melalui projek FIFA Arena yang bakal menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai bakat tempatan dan peningkatan prasarana bola sepak negara.

“Kami turut menyentuh mengenai Perjanjian Pembangunan Bola Sepak ASEAN-FIFA yang merupakan satu langkah strategik membuka lembaran baharu ke arah menjadikan rantau ini sebagai kuasa bola sepak yang disegani di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino, di Putrajaya. 25 Oktober 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

Dalam pada itu katanya, Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak melalui peningkatan kemudahan, latihan berstruktur serta kerjasama strategik bersama FIFA.

Anwar berkata, ia sebagai langkah penting untuk melahirkan generasi baharu pemain berbakat, memperkukuh ekosistem sukan profesional dan mengangkat nama negara sebagai hab pembangunan bola sepak serantau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button