Lapan empangan utama di lima negeri di paras amaran
CYBERJAYA – Lapan empangan utama di Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak kini berada pada paras amaran.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan, empat paras muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) turut merekodkan bacaan pada tahap berjaga-jaga.
“Empangan Timah Tasoh yang mencatatkan paras semasa 26.84 meter (m) melebihi paras minima 26.00m, manakala Empangan Pedu dan Empangan Muda masing-masing dengan 89.60m serta 91.67m.
“Empangan Malut pula mencatatkan paras semasa 68.08m melebihi paras minima 66.0m manakala Empangan Air Hitam 228.07m dengan paras minima 223.55m.
“Bacaan paras semasa di Empangan Teluk Bahang menunjukkan 35.18m iaitu melebihi paras minima 30.30m dan Empangan Bukit Merah pula mencatatkan 6.99m dengan paras minima 5.48m,” kata kenyataan itu di Twitter.
Kata kenyataan itu lagi, paras semasa Empangan Sembrong Barat di Johor turut melebihi paras minima 7.36m iaitu 9.36m.
Tambah kenyataan itu, pengguna disaran berhubung dengan operator air di negeri masing-masing sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas.
SPAN turut menyediakan saluran komunikasi dan perkongsian maklumat melalui talian hotline di 019 – 779 5000 (telefon atau WhatsApp) atau e-mel: warroom@span.gov.my serta laman sesawang iaitu https://warroom.span.gov.my.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








