Takungan Timah Tasoh dijangka bertahan 81 hari jika cuaca panas berterusan
PADANG BESAR – Takungan air Empangan Timah Tasoh di Beseri, di sini dianggarkan mampu bertahan selama 81 hari lagi sekiranya tiada hujan dan cuaca panas berterusan di negeri ini.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Amir Budiman Abdullah berkata, bacaan paras air empangan pada pagi tadi mencatat 26.72 meter dan masih belum berada pada tahap kritikal.
“Nasihat kepada pengguna air ketika ini adalah supaya semua pihak di Perlis, tidak kira sektor mana sekalipun, berjimat cermat dalam penggunaan air dan tidak membazir.
“Gunakan hanya untuk keperluan yang sangat penting sahaja,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Facebook rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa setakat pukul 4 semalam, lima kawasan di Semenanjung Malaysia termasuk Perlis berada pada Tahap 2 Gelombang Haba akibat cuaca panas berterusan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








