Empangan Selangor mampu bertahan selama 3 bulan jika cuaca panas berlarutan
SABAK BERNAM – Keadaan empangan di Selangor masih mampu menampung keperluan bekalan air sehingga tiga bulan sekiranya cuaca panas tanpa hujan terus berlarutan.
Menurut EXCO Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim, tahap kapasiti empangan ketika ini masih terkawal walaupun terdapat sedikit penurunan terutama di Empangan Sungai Langat yang berada pada sekitar 78 peratus, lapor SH Online.
“(Penyusutan empangan Sungai Langat) itu normal, dua bulan lepas pun berlaku, tetapi Insya Allah akan penuh semula.
“Bagaimanapun, empangan lain (di Selangor) masih di atas (paras) 85 peratus,” katanya selepas hadir pada Karnival Bendang 2026 di Parit 2 Timur, di sini hari ini.
Meskipun jumlah hujan turun tidak banyak, tetapi ia turut membantu memanjangkan tempoh ketahanan bekalan air.
Katanya, jika mengambil kira sumber lain termasuk off-river storage, tempoh ketahanan keseluruhan bekalan air Selangor adalah lebih panjang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








