LUAR NEGARA

Kumpulan militan Palestin akui kerjasama dengan Israel

GAZA CITY – Ketua kumpulan bersenjata Palestin yang menentang Hamas dan dituduh terlibat dalam penyelewengan bantuan di Tebing Gaza mengesahkan kumpulannya bekerjasama dengan tentera Israel.

Individu yang dipercayai mengetuai kumpulan dikenali sebagai Popular Forces itu, Yasser Abu Shabab berkata, mereka bebas bergerak dalam kawasan di bawah kawalan tentera Israel dan turut memaklumkan terlebih dahulu mengenai operasi mereka.

“Kami memaklumkan kepada mereka, tetapi tindakan ketenteraan dijalankan secara bebas oleh kami,” katanya dalam temu bual bersama Makan, stesen penyiaran awam berbahasa Arab milik Israel.

Yasser mendedahkan kumpulannya menerima sokongan logistik dan kewangan daripada beberapa pihak, namun tidak menyebut Israel secara langsung.

BACA JUGA:
Kerajaan zionis didakwa bekal senjata kepada militia Palestin untuk lemahkan Hamas
Hamas hapuskan 50 militan pro-zionis di Gaza

“Ada perkara yang tidak boleh kami nyatakan secara terbuka,” katanya lagi.

Sebelum ini Israel mengakui menyokong satu kumpulan bersenjata Palestin yang menentang Hamas di wilayah bergolak itu, tanpa menamakan kumpulan terbabit, namun media tempatan mengenal pasti kumpulan terbabit sebagai kumpulan pimpinan Yasser.

“Ini sesuatu yang baik kerana ia menyelamatkan nyawa tentera Israel,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ketika itu.

Namun begitu, ahli Knesset dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, menuduh kerajaan Israel “memberi senjata kepada sekumpulan penjenayah dan samseng.”

Yasser turut menegaskan, matlamat tunggal kumpulannya adalah untuk menumbangkan Hamas dan menjadi alternatif dalam pemerintahan Gaza.

“Kami tidak mewakili mana-mana ideologi atau organisasi politik,” katanya, sambil menambah bahawa misinya adalah untuk menghapuskan “kezaliman” dan “rasuah” Hamas.

“Kami akan terus berjuang walau berapa banyak darah yang tumpah. Hamas kini sedang menuju kehancuran. Mereka tahu saat akhir mereka semakin hampir,” katanya dalam wawancara itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button