LUAR NEGARA

Hamas dijangka lantik Khalid Meshaal ganti Allahyarham Ismail Haniyeh

KAHERAH – Hamas bakal mengumumkan pelantikan ketua baharunya dalam tempoh terdekat.

Laporan Reuters yang memetik sumber dalaman Hamas berkata, nama Khaled Meshaal disebut-sebut sebagai pengganti Allahyarham Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran, Iran semalam.

Khaled bukanlah watak asing dalam Hamas memandangkan beliau sebelum ini pernah memimpin kumpulan terbabit dan disifatkan sebagai salah seorang pengasasnya.

Bagi rakyat Palestin, kelantangan Khaled dalam menyuarakan hak Palestin selain membongkar kekejaman Israel sememangnya disanjung sebaris dengan pemimpin terdahulunya.

Sementara di pihak Tel Aviv, pelantikan Khaled selaku pemimpin baru Hamas sudah pasti menerbitkan lagi dendam di antara kedua-dua pihak, memandangkan Khaled antara individu yang pernah terselamat dalam cubaan bunuh perkhidmatan perisikan rejim zionis, Mossad pada tahun 1997, atas arahan perdana menteri rejim masa itu yang masih berkhidmat kini, Benjamin Netanyahu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button