LUAR NEGARA

Kerajaan zionis didakwa bekal senjata kepada militia Palestin untuk lemahkan Hamas

LONDON – Kerajaan zionis Israel didakwa membekalkan senjata kepada satu militia Palestin dipercayai sebagai satu usaha untuk mengekang dan memburukkan pengaruh Hamas di Tebing Gaza.

Menurut The Guardian, kumpulan militia itu diketuai individu bernama Yasser Abu Shabab, seorang penduduk Rafah yang terkenal kerana penglibatannya dalam aktiviti jenayah dan rompakan bantuan kemanusiaan.

Laporan itu berkata, imej satelit dan video yang disahkan oleh akhbar Israel, Haaretz semalam, menunjukkan militia itu telah mengembangkan kehadirannya di selatan Gaza, dan kini beroperasi di kawasan yang berada di bawah kawalan langsung tentera zionis

Menurut laporan media tempatan, militia yang menamakan diri mereka sebagai ‘Perkhidmatan Anti-Keganasan’ dan didakwa mempunyai kaitan dengan Daesh itu terdiri daripada kira-kira 100 lelaki bersenjata dan beroperasi dengan kelulusan tidak rasmi daripada pasukan bersenjata Israel.

Akhbar Times of Israel yang memetik sumber pertahanan mendakwa, Israel membekalkan senjata raifal Kalashnikov kepada ahli kumpulan tersebut, termasuk beberapa senjata yang dirampas daripada Hamas.

Operasi itu, kata akhbar berkenaan, diluluskan oleh kabinet keselamatan Israel dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Sementara itu, dalam satu video yang dimuat naik ke media sosial lewat semalam, Netanyahu berkata bahawa Israel telah “mengaktifkan” beberapa puak Palestin di Gaza, atas nasihat “pegawai keselamatan,” bagi menyelamatkan nyawa askar Israel.

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini menyatakan bahawa “Israel sedang berusaha untuk menewaskan Hamas melalui pelbagai cara, berdasarkan cadangan daripada semua ketua pasukan keselamatan.”

Laporan portal Ynet yang memetik sumber keselamatan berkata, pembekalan senjata kepada militia berkenaan diluluskan dan diketuai oleh perkhidmatan keselamatan dalam negeri, Shin Bet.

Operasi itu digambarkan sebagai sesuatu yang “dirancang dan diuruskan,” dengan tujuan “mengurangkan korban tentera Israel sambil melemahkan Hamas secara sistematik melalui serangan terancang, pemusnahan infrastruktur dan pembinaan kuasa-kuasa tempatan yang bersaing.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button