KPM nafi soalan kertas Sejarah bocor
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan berlaku kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM tahun ini, seperti yang menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.
Kata KPM dalam satu kenyataan, dakwaan tersebut tidak berasas kerana tangkap layar disebarkan hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.
“Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.
“Justeru, dakwaan itu tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan KPM,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, KPM menasihatkan semua calon peperiksaan supaya kekal tenang dan fokus.
Katanya, pihaknya sentiasa komited memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam terpelihara.
Terdahulu, tular di pelbagai platform media sosial pelajar berkongsi soalan dan jawapan Kertas 1 dan Kertas 2 mata pelajaran Sejarah beberapa hari sebelum ia diduduki calon.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








