BERITA SEMASA

Kurikulum baharu: Mata pelajaran Sejarah diajar kepada murid Tahun Lima, Enam sekolah rendah

PUTRAJAYA – Mata pelajaran Sejarah di bawah kurikulum baharu tahun hadapan akan ditawarkan kepada murid Tahun Lima dan Tahun Enam diperingkat sekolah rendah, manakala di sekolah menengah, bagi murid di Tingkatan Satu.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai laporan media sebelum ini.

“KPM mengambil perhatian laporan media mengenai penawaran mata pelajaran Sejarah pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

“Sewaktu sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada hari ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh telah menjelaskan mengenai kurikulum baharu yang akan bermula pada tahun hadapan melibatkan murid Tahun Satu  dan Tingkatan Satu.

“Bagi mata pelajaran Sejarah, pada peringkat sekolah rendah ia ditawarkan kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6. Manakala pada peringkat sekolah menengah, ia ditawarkan kepada murid bermula di Tingkatan 1,” kata kenyataaan itu, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button