Konflik Sudan: Tiga lagi rakyat Malaysia berjaya dibawa keluar, kini berada di Jeddah
CYBERJAYA – Kesemua tiga rakyat Malaysia yang masih terkandas di Sudan, berjaya dibawa keluar dari negara tersebut.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambdry Abdul Kadir berkata, ketiga-tiga mereka selamat tiba di Pangkalan Raja Faisal di Jeddah, Arab Saudi pada pukul 12.50 tengah malam tadi (waktu Malaysia).
Mereka berjaya dipindahkan menggunakan kapal tentera laut Arab Saudi, ‘Amana’.
“Ketibaan mereka disambut oleh Pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan kemudian dibawa ke tempat penginapan yang telah disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi.
“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi kerana sekali lagi membantu rakyat Malaysia keluar dari Sudan dan menyediakan fasiliti sepanjang berada di Jeddah. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi ini,” kata Zambry dalam satu kenyataan, sebentar taadi.
Kenyataan yang sama turut menyebut, ketiga-tiga mereka Mei dijangka tiba di tanah air pada 7 Mei dengan menaiki pesawat Saudia SV842 yang telah diuruskan sepenuhnya oleh Wisma Putra dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














