POLITIK

Kon Yeow serah kepada Anthony Loke tetapkan tarikh jumpa Guan Eng

BUTTERWORTH – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyerahkan sepenuhnya kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk menetapkan tarikh pertemuan antara beliau dan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menyelesaikan pertikaian berhubung kadar cukai tanah baharu di negeri itu.

Menurutnya, beliau bersedia untuk menghadiri pertemuan tersebut dan telah menyediakan laporan lengkap berkaitan isu berkenaan.

“Saya serahkan kepada Setiausaha Agung untuk membuat sebarang pengumuman mengenai perkara ini. Saya sudah sediakan laporan, jadi sekarang kita tunggu sahajalah,” memetik BH online.

Kon Yeow berkata, isu berkenaan bukan perkara baharu dan telah disentuh dalam beberapa sidang media sebelum ini.

Sebelum itu, media melaporkan Anthony Loke akan mengatur pertemuan antara Kon Yeow dan Lim Guan Eng susulan pertikaian terbuka melibatkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Dalam pada itu, Anthony dilapor menyuarakan kebimbangan kepimpinan pusat parti terhadap pertelingkahan tersebut yang disifatkan tidak sihat, khususnya dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi semasa.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan menegaskan bahawa walaupun terdapat keperluan untuk mengkaji semula kadar cukai tanah, khususnya di zon komersial, pendekatan itu perlu dilaksanakan secara seimbang, responsif serta mengambil kira kepentingan rakyat.

Pertemuan yang bakal diadakan itu dijangka menjadi medan penting bagi meredakan ketegangan serta mencari penyelesaian terbaik demi kestabilan pentadbiran negeri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button