BERITA SEMASA

Kolam tinggal lokasi kanak-kanak lemas sudah ditimbus

PUTRAJAYA – Kolam tinggal berhampiran Projek Perumahan Awam Malaysia (PPAM) Pudina dan PPAM Kasturi di Presint 17 yang menjadi lokasi insiden seorang kanak-kanak mati lemas awal bulan lalu sudah ditimbus sepenuhnya.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jidin berkata, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang bertindak pantas dan prihatin terhadap penduduk berhampiran.

“Alhamdulillah, kolam tinggal yang sebelum ini menimbulkan kerisauan dan kebimbangan penduduk telah pun ditimbus sepenuhnya,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Beliau memberitahu, kerja-kerja penimbusan kolam tersebut telah dimulakan sejak minggu lalu.

Beliau dalam hantaran sama turut memohon pihak berkuasa tempatan supaya melakukan tinjauan menyeluruh ke atas semua kawasan kolam terbiar dan kolam takungan di Putrajaya.

“Ini adalah bagi memeriksa tahap keselamatan dan mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi menjadi lokasi kemalangan, terutamanya kawasan yang terbuka dan tidak berpagar bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berulang lagi,” katanya lagi.

Dalam insiden 5 Mei lalu itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas di kolam berkenaan ketika mandi bersama dua rakannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button