Lelaki ditemukan mati lemas setelah dipercayai jatuh daripada rumah bot
GERIK – Seorang lelaki ditemukan maut akibat lemas setelah dipercayai terjatuh daripada rumah bot di Tasik Banding, dekat Jeti Awam Pulau Banding, di sini hari ini.
Menurut Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, jasad mangsa, Hizzbullah Mohd Rizalman, 26 ditemukan pukul 5.23 petang tadi selepas dilaporkan hilang pukul 10.28 pagi tadi.
Tambahnya, jasad mangsa ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM pada jarak lima meter daripada lokasi terakhir mangsa dipercayai jatuh ke tasik berkenaan.
“Mangsa hilang dipercayai terjatuh dalam tasik sewaktu berada di atas rumah bot.
“PPDA dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar mula membuat pencarian dengan melakukan selaman pada kedalaman 12 meter pada jam 4.15 petang, sebelum mangsa berjaya dijumpai anggota PPDA pada jam 5.23 petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 10 keanggotaan JBPM termasuk PPDA, selain turut membabitkan 20 keanggotaan dari agensi lain termasuk polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Tambahnya, operasi SAR yang dikendalikan pihak BBP Gerik bersama BBP Kuala Kangsar.
Difahamkan, kehilangan mangsa dilaporkan oleh bapanya yang mengusahakan perniagaan di kawasan jeti menempatkan rumah bot apabila mendapati anaknya hilang namun barangan peribadi seperti pakaian, selipar, kad pengenalan, dan telefon bimbit milik mangsa ditinggalkan di rumah bot.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








