
Kanak-kanak lemas di kolam berhampiran PPAM Putrajaya
PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai mandi bersama dua rakannya di sebuah kolam berhampiran Projek Perumahan Awam Malaysia (PPAM) Pudina dan PPAM Kasturi, Presint 17 di sini, petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Muhd Ishraff, pelajar Sekolah Kebangsaan Presint 18(1), yang juga anak bongsu daripada tiga beradik dan menetap di Blok G, PPAM Pudina.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika mangsa mandi bersama dua rakan sebaya di kolam tersebut.
Operasi menyelamat dijalankan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya, yang berjaya mengeluarkan mangsa dari kolam sekitar pukul 6 petang.
Muhd Ishraff kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.
Polis mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa bedah siasat akan dijalankan pagi ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Polis turut mengambil keterangan daripada rakan-rakan mangsa bagi membantu siasatan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |