JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak maut setelah tertinggal dalam kereta selama 3 jam

GUA MUSANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun disahkan maut akibat strok haba selepas tertinggal di dalam sebuah kereta selama tiga jam di Kampung Tanah Putih, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu dipercayai meninggal dunia di dalam kereta apabila keluarganya terlupa membawanya masuk ke dalam rumah selepas pulang dari sarapan, lapor Kosmo.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri dalam kereta sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Gua Musang kira-kira pukul 3.50 petang semalam.

Tambahnya, proses bedah siasat dijalankan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Gua Musang dan mengesahkan punca kematian anak bongsu daripada dua beradik itu adalah disebabkan oleh strok haba.

Orang awam diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button