BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Remaja maut tergelincir ketika mandi di air terjun Buntong

IPOH – Kegembiraan tujuh rakan ketika mandi di kawasan air terjun Buntong, Hutan Simpan, Kilometer 6 Lebuhraya Ipoh–Lumut, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas tergelincir dari tebing batu, semalam.

Mangsa, Bayu Zaril Iman Zaharilizam, 17, dipercayai memanjat ke bahagian puncak air terjun untuk menikmati pemandangan sebelum terjatuh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pasukan kesihatan yang tiba di lokasi mengesahkan remaja itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tiada sebarang unsur jenayah dikesan berdasarkan keterangan saksi iaitu rakan-rakan mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat yang mendapati punca kematian akibat hentakan kuat di kepala.

Selain itu, sampel darah dan air kencing turut diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button