JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak ditemukan mati lemas dalam kolam rumah kelab

SEREMBAN – Seorang kanak-kanak lima tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi bersama rakan di sebuah rumah kelab di Lenggeng, di sini tengah hari tadi.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, ketika kejadian, berlangsung majlis penyampaian hadiah sebuah tadika di rumah kelab berkenaan.

“Mangsa, Nur Dhiya Azzalea Noor Muhamad, lima tahun dikatakan sedang mandi bersama rakan-rakan sebelum tiba-tiba hilang daripada penglihatan bapanya.

“Pengadu menemui anaknya tidak bergerak di dalam kolam dan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) diberikan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Mangsa tiba di Zon Merah Jabatan Kecemasan HTJ pukul 1.06 petang dan diberikan rawatan CPR, namun disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas,” katanya.

Alzafny berkata, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Jasad mangsa akan dibawa ke Bahagian Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk prosedur bedah siasat.

“Orang ramai ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button