KKM sahkan 4 kakitangan terlibat nahas helikopter FDS
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan empat kakitangannya terlibat dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang, Sarawak, petang tadi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan maklumat awal, helikopter berkenaan berlepas dari Miri dengan empat petugas tersebut yang sedang menjalankan tugas rasmi.
Jelas beliau, mereka terdiri daripada seorang Pegawai Perubatan, seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan dua jururawat, selain seorang juruterbang.
āSetakat ini, status kesemua kru dan penumpang serta punca kejadian masih belum dapat dipastikan.
āPasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama pihak perubatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah berada di lokasi kejadian berhampiran STOLport Long Lellang dan operasi sedang giat dijalankan,ā katanya dalam kenyataan tersebut, sebentar tadi.
Menurutnya, KKM sedang memantau situasi itu dengan rapi dan bekerjasama dengan pihak berkuasa keselamatan, pasukan penyelamat serta agensi penerbangan berkaitan bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini dari lokasi kejadian.
āPada masa yang sama, pihak kementerian sedang dalam proses menghubungi waris serta ahli keluarga mangsa yang terlibat bagi memberikan sokongan yang sewajarnya,ā katanya.
Dr Dzulkefly turut meminta orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung insiden itu memandangkan operasi SAR masih dijalankan.
Beliau berkata, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selepas mendapat pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








