Bedah siasat mangsa nahas helikopter FDS selesai
KUCHING = Proses bedah siasat kesemua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Selasa lepas selesai pukul 7.30 malam tadi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri mendapati, punca kematian kesemua mangsa adalah disebabkan kecederaan melecur teruk.
“Buat masa ini kita (polis) sedang menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan secara saintifik,” katanya kepada Bernama hari ini.
Selasa lepas, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang, terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).
Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44. – BERNAMA
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








