Kebakaran di DR Congo ragut sekurang-kurangnya 26 pelajar
BUKAVU – Sekurang-kurangnya 26 pelajar maut selepas kebakaran besar memusnahkan kawasan kejiranan kira-kira 300 buah rumah kayu sebelum merebak ke dua sekolah di Bukavu, timur Republik Demokratik Congo (DR Congo), semalam.
Kebakaran yang dipercayai bermua dari sebuah rumah berhampiran Sekolah Menengah Furaha dan Sekolah Rendah Ujamaa itu merebak dengan pantas ke kawasan sekitar yang padat penduduk.
Pihak berkuasa wilayah South Kivu memaklumkan mangsa yang maut terdiri daripada 19 perempuan dan tujuh lelaki, manakala puluhan lagi cedera dalam kejadian berkenaan.
“Keadaan bertambah buruk apabila pelajar cuba melarikan diri melalui laluan sempit, dengan beberapa mangsa dilaporkan terpaksa melompat dari tingkap ketika api merebak.
“Beberapa kemudahan kesihatan turut dibanjiri mangsa sehingga menyukarkan usaha mengenal pasti dan merawat mereka,” menurut berita antarbangsa.
Punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan.
Bukavu kini berada di bawah kawalan kumpulan pemberontak M23, yang menawan bandar berkenaan pada Februari 2025.
Kejadian itu berlaku ketika wilayah timur DR Congo masih berdepan konflik bersenjata dan krisis kemanusiaan yang berpanjangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








