BERITA SEMASA

Nahas helikopter PDRM, seorang anggota masih ditidurkan

JOHOR BAHRU – Seorang daripada lima anggota yang terlibat dalam kejadian helikopter terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, semalam masih ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah, di sini.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, keadaan Konstebel R.G Devendran, 30, dilaporkan stabil.

“Seperti semua maklum, semalam berlaku satu kemalangan melibatkan lima anggota kami. Mereka kini sedang mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

“Saya berpeluang bercakap dengan empat daripada mangsa, manakala seorang lagi iaitu Konstabel Devendran A/L Raja Gopal masih ditidurkan,” katanya di sini hari ini, lapor Kosmo.

Menurut Azmi, Devendran masih ditidurkan bagi membolehkan proses rawatan berjalan dengan lebih sempurna.

“Dia masih ditidurkan bagi mengurangkan pergerakan untuk mempercepat proses pemulihan. Kita harap mereka semua pulih dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau memberitahu Koperal Adeline Liu Yan Siu yang turut dirawat di ICU telah sedar dan boleh berkomunikasi.

Semalam, sebuah helikopter jenis AS355N yang menyertai Latihan Amal Pelbagai Hala Sekuriti Nuklear Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura 2025 (MITSATOM 2025) dilaporkan membuat pendaratan cemas di air setelah mengalami masalah ketika penerbangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button