BERITA SEMASA

Kira-kira 30 peratus produk kopi, biskut guna berus babi masih berada di pasaran – JAIM

MELAKA – Kira-kira 70 peratus produk kopi dan biskut yang terpalit isu penggunaan berus bulu babi didapati telah dikeluarkan dari pasaran setakat 6 April lalu, menurut Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Bahagian Pengurusan Halal JAIM berkata, perkembangan itu melibatkan produk keluaran dua syarikat iaitu Heng Loong Coffee Sdn Bhd dan Tian Hup Seng Biscuit Factory Sdn Bhd, susulan penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurut JAIM, hasil pemantauan di 33 pasar raya di seluruh negeri juga mendapati produk berkenaan tidak lagi ditemui di rak jualan.

“Setakat ini, hasil pemeriksaan di semua premis terlibat mengesahkan tiada lagi produk berkenaan di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JAIM turut berkata, proses penarikan baki produk di peringkat nasional masih diteruskan dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

“Orang ramai turut digesa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya masih menemui produk terlibat, khususnya di luar negeri ini,” katanya lagi.

Terdahulu, isu itu timbul selepas pemeriksaan mendapati penggunaan berus dipercayai bulu babi dalam kerja pembersihan peralatan di premis terlibat, sekali gus membawa kepada tindakan penarikan sijil halal serta arahan penarikan produk dari pasaran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button