BERITA SEMASADALAM NEGERI

JAIM diarah siasat hotel mesra gay di Melaka

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diarahkan untuk menyiasat dakwaan sebuah hotel berkonsepkan ‘mesra gay’ di negeri ini yang tular di media sosial sejak semalam.

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, beliau sudah mengarahkan jabatan terbabit berbuat demikian sebelum satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan mengenai perkara itu.

“Saya sudah mengarahkan JAIM untuk menyiasat dakwaan itu,” katanya memetik laporan BH Online hari ini.

Isu berkenaan dibangkitkan menerusi satu hantaran oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, yang mempersoalkan trend penjenamaan perniagaan menggunakan label ‘friendly’ sebagai strategi pemasaran.

Dalam hantaran itu, beliau membandingkan konsep ‘mesra gay’ dengan istilah lain seperti pet-friendly, family friendly dan Muslim friendly yang menurutnya kini digunakan secara meluas dalam dunia perniagaan.

“Agak kreatif penjenamaan. Label ‘Muslim friendly’ pun boleh dijadikan bisnes, apatah lagi ‘gay friendly’. Lepas ini apa pula idea kreatif akan muncul? ‘Babi friendly’ atau ‘LGBT friendly’?

“Ingatkan sukan sahaja ada ‘friendly’, tak sangka pula ‘gay’ pun ada ‘friendly’ secara terbuka,” tulisnya secara sinis.

Hantaran Firdaus Wong mengenai sebuah hotel di Melaka yang didakwa menggunakan istilah ‘gay friendly’ atau mesra gay.

Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen dengan sebahagian menyuarakan kebimbangan terhadap penerimaan terbuka golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negeri ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button