JENAYAH & MAHKAMAH

Suami dalam penjara, isteri dicekup khalwat di Batu Berendam

MELAKA – Tindakan seorang wanita berstatus isteri orang menjalin hubungan dengan lelaki lain ketika suaminya sedang menjalani hukuman penjara terbongkar apabila dia dicekup berkhalwat dalam serbuan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah rumah di Batu Berendam, Jumaat lalu.

Dalam operasi kira-kira jam 12.25 tengah malam itu, penguat kuasa JAIM melakukan pemeriksaan selepas menerima aduan awam mengenai aktiviti mencurigakan di kediaman berkenaan.

Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, pemeriksaan awal menemukan seorang wanita berusia 36 tahun yang bekerja sebagai kerani berada di dalam rumah tersebut.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut kemudian menemukan seorang lelaki berusia 36 tahun yang bekerja di sebuah kafe, sedang bersembunyi dalam almari bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit masih bujang, manakala wanita berkenaan sudah berkahwin dan suaminya sedang menjalani hukuman penjara,” memetik BH online.

Kedua-dua individu terbabit kemudian dibawa ke Pejabat JAIM untuk dokumentasi serta siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki berkhalwat apabila didapati berdua-duaan dalam rumah sehingga menimbulkan syak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button