BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pasangan kekasih diserbu berkhalwat di inap desa Kluang

KLUANG – Cubaan sepasang kekasih berdua-duaan di sebuah inap desa di daerah ini terbongkar selepas diserbu sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), malam tadi.

Dalam serbuan jam 10.15 malam itu, suspek lelaki mengambil masa hampir lima minit untuk membuka pintu bilik walaupun penguat kuasa sudah berulang kali mengetuk.

Apabila pintu dibuka, lelaki berusia awal 20-an yang memakai kemeja-T dan seluar panjang didapati bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya.

“Ketika menyedari kehadiran penguat kuasa, pasangan itu kelihatan kebingungan dan seolah-olah tidak menyangka lokasi inap desa turut menjadi sasaran pemeriksaan,” kata JAINJ dalam kenyataan hari ini.

Siasatan mendapati lelaki terbabit bekerja di sektor swasta manakala wanita yang juga berusia 20-an bekerja sebagai jurujual serta tinggal bersama ibu bapanya di daerah ini.

Kedua-duanya kini disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut JAINJ, pihaknya mengesan trend pasangan tidak berkahwin yang beralih menggunakan inap desa bagi mengelak serbuan berbanding hotel yang lebih kerap diperiksa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button