JAINJ tahan pasangan disyaki berkhalwat dalam serbuan bilik hotel di Segamat
SEGAMAT – Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan sepasang lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 20-an kerana disyaki berkhalwat dalam serbuan di sebuah bilik hotel di bandar ini, sekitar pukul pukul 10.30 malam tadi.
Menurut sumber jabatan itu, operasi dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan mencurigakan melibatkan dua individu yang bukan mahram.
Sebaik tiba di lokasi, pegawai penguat kuasa mengetuk pintu bilik berkenaan dan ia dibuka beberapa minit kemudian oleh seorang wanita berusia lingkungan 20-an.
Pemeriksaan lanjut menemukan seorang lelaki yang juga berusia lingkungan 20-an di dalam bilik tersebut.
“Hasil siasatan awal mendapati mereka bukan suami isteri dan tiada hubungan mahram. Wanita terbabit difahamkan seorang penuntut sebuah kolej di luar Johor manakala lelaki bekerja di Segamat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook Penguat Kuasa JAINJ 2025.
Pemeriksaan dalam bilik turut menemukan beberapa barangan peribadi milik wanita berkenaan serta keadaan bilik yang tidak terurus, menimbulkan syak wujud perlakuan tidak bermoral sebelum kehadiran penguat kuasa.
Menurut rekod pihak hotel, bilik berkenaan disewa atas nama wanita itu untuk tempoh dua hari. Namun tidak dapat dipastikan sama ada lelaki tersebut berada di bilik berkenaan sejak bila.
Pasangan itu kemudiannya dibawa ke pejabat JAINJ untuk siasatan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana kesalahan khalwat.
JAINJ menegaskan bahawa tindakan tegas diambil bagi memastikan masyarakat mematuhi undang-undang syariah serta mengurangkan salah laku akhlak dalam kalangan umat Islam di negeri ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







