BERITA SEMASA

KIKSM nafi individu dikompaun merokok di Rawang pegawai penguat kuasa

KUALA LUMPUR – Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM) menafikan individu yang dikenakan kompaun kerana merokok di sebuah premis makanan di Rawang, Selangor baru-baru ini adalah pegawai penguat kuasa di bawah skim Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) atau Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).

KKSM berkata, kesatuan itu menjelaskan hasil semakan dalaman mendapati individu terbabit merupakan kakitangan di bawah skim perkhidmatan lain yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak.

Menurut KIKSM, penjelasan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan serta menjaga imej dan kredibiliti profesion PKP dan PPKP yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.

“Kami memandang serius sebarang naratif yang boleh memberi gambaran seolah-olah penguat kuasa melanggar undang-undang yang mereka sendiri kuatkuasakan.

“Barisan PKP dan PPKP di seluruh negara sentiasa komited dan berpegang teguh kepada etika profesionalisme serta integriti dalam menjalankan tugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KIKSM turut berkata, sokongan terhadap tindakan kompaun serta langkah tatatertib yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap individu berkenaan.

“Setiap warga KKM perlu mematuhi undang-undang tanpa mengira jawatan atau skim perkhidmatan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, KKSM menyeru semua penjawat awam khususnya dalam sektor kesihatan supaya menjaga tingkah laku di tempat awam bagi mengelakkan tindakan undang-undang serta menjejaskan reputasi organisasi.

KIKSM dalam masa sama menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dengan KKM dalam memastikan pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) berjalan lancar demi melindungi kesihatan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button