BERITA SEMASA

Kesatuan sekerja Sabah sokong penuh agenda reformasi perburuhan KESUMA

KOTA KINABALU – Tiga gabungan kesatuan sekerja utama di Sabah menyatakan sokongan padu terhadap agenda reformasi perburuhan yang dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) .

MTUC Bahagian Sabah, CUEPACS Negeri Sabah dan UNI-MLC Sabah berkata, kunjungan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim ke Sabah untuk sesi temu mesra bersama lebih 100 pemimpin kesatuan sekerja jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan mendengar suara pekerja di negeri itu.

Kesatuan sekerja Sabah sokong penuh agenda reformasi perburuhan KESUMA
Wakil UNI-MLC Sabah, Jackelina Lajium.

“Pindaan Ordinan Buruh Sabah 2024 yang ditunggu selama 20 tahun menjadi pencapaian penting kerana ia memastikan pekerja di Sabah menerima perlindungan selari dengan standard buruh semasa seperti di Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Pengerusi CUEPACS Sabah, Ajulahin Japin
Pengerusi CUEPACS Sabah, Ajulahin Japin

Mereka turut menyambut baik penggubalan Akta Pekerja Gig, yang buat pertama kali mengiktiraf peranan pekerja gig dan menyediakan kerangka perlindungan sosial kepada golongan itu, khususnya anak Sabah yang bergantung kepada kerja platform dalam ekonomi digital.

“Ketiga-tiga badan itu menyokong inisiatif terbaharu KESUMA meluaskan perlindungan PERKESO kepada liputan 24 jam, tidak terhad kepada waktu bekerja sahaja.

Pengerusi MTUC Sabah, Mohd Airy Arin
Pengerusi MTUC Sabah, Mohd Airy Arin

“Langkah ini merupakan perubahan besar yang memberi jaminan keselamatan sosial lebih menyeluruh kepada pekerja,” katanya lagi.

Mereka turut berkata, reformasi perburuhan yang dibawa kerajaan Persekutuan akan memberi manfaat besar kepada pekerja di Sabah, namun menegaskan keperluan hubungan erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi memastikan pelaksanaannya memberi kesan terus kepada rakyat.

Kenyataan itu ditandatangani Pengerusi MTUC Sabah, Mohd Airy Arin; Pengerusi CUEPACS Sabah, Ajulahin Japin; dan wakil UNI-MLC Sabah, Jackelina Lajium.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button