JENAYAH & MAHKAMAH

Kes rempuh pelajar: Guru wanita direman dua hari

KOTA BHARU – Seorang guru wanita direman dua hari selepas dipercayai merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah menyebabkan salah seorang daripada mereka maut dalam kejadian tengah hari semalam.

Perintah reman terhadap guru wanita berusia 57 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Muhammad Izzat Wan Abdullah bermula hari ini sehingga esok.

Penahanan reman itu dilakukan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, memetik laporan Harian Metro.

BACA JUGA:

Guru wanita rempuh pelajar dibawa ke mahkamah hari ini

Pelajar perempuan maut, rakan cedera dilanggar kereta dalam kawasan sekolah 

Semalam media melaporkan, seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, maut manakala rakannya parah selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu guru wanita di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asistan Komisioner Mohd Azmir Damiri dilaporkan berkata, kejadian pukul 1.50 tengah hari itu membabitkan seorang pemandu kereta dan mangsa adalah dua pelajar perempuan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan berkenaan.

Akibat kejadian itu, seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala seorang lagi parah dan menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu (HRPZ II).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button