Kerajaan teliti cadangan semak semula subsidi kepada T20
KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menyemak semula pemberian subsidi minyak kepada golongan T20,
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu sedang diteliti Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Hassan Marican sejak sebulan lalu.
“Kita sudah meneliti dan ada perbincangan sama ada (semakan subsidi) membabitkan T5, T10, T15 atau T20 kerana kita tidak mahu ia memberi kesan, contohnya kepada kelas menengah atas.
“Jadi, mereka sedang menelitinya. Saya harap kita akan memuktamadkannya nanti,” katanya.
Anwar berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















