BERITA SEMASA

Kecoh di KLIA: Imigresen mulakan siasatan

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen menegaskan telah mengambil tindakan serta-merta bagi memulakan siasatan ke atas dakwaan berlakunya kejadian kekecohan yang melibatkan seorang menteri Kabinet di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, siasatan akan dijalankan
secara menyeluruh merangkumi semua aspek yang berkaitan.

“Sehubungan dengan itu, jabatan ini memohon supaya orang ramai memberikan ruang agar siasatan dapat dijalankan dengan telus dan tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menggganggu siasatan,” katanya.

Semalam tular laporan berita yang diterbitkan oleh sebuah portal berita atas talian bertajuk ‘EKSKLUSIF: Menteri buat kecoh di KLIA tuntut pelawat China ditahan imigresen dibebaskan’.

Laporan yang diterbitkan semalam itu kemudiannya berita tersebut telah dipetik oleh beberapa agensi media yang lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button