BERITA SEMASA

Tiga pembantu penguasa Kastam didakwa terima rasuah

SEREMBAN – Tiga pembantu penguasa Kastam Diraja Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah sebagai balasan tidak memeriksa barangan di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tertuduh pertama, Earizal Mohd Khalil, 43, berdepan tiga pertuduhan menerima suapan wang berjumlah keseluruhan RM2,950 daripada satu syarikat secara pindahan wang dalam talian ke akaun peribadi.

Tertuduh kedua, Ngu Su Siew, 35, yang bertugas di lokasi yang sama dituduh memperoleh RM3,000 daripada syarikat yang sama untuk tujuan yang sama pada 20 Disember 2022.

Tertuduh ketiga, Mohamad Izuwan Mohd Ali, 32, dituduh menerima RM1,000 daripada Karlos Enterprise untuk tujuan yang sama pada 28 Ogos 2019.

Manakala tertuduh pada 31 Mac 2020, dituduh menerima RM200 daripada pemberi yang sama yang dikatakan sebagai pinjaman perbelanjaan perkahwinan tertuduh namun tiada keterangan mengenai bayaran semula.

Mahkamah menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM terdekat pada Sabtu pertama setiap bulan.

Kesemua tertuduh turut diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan sebutan semula kes 12 Julai ini.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button