
‘Kalau boleh cepat sikit hantar saman’ – Caprice
KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Caprice meminta Ebit Lew menghantar surat saman dalam kadar segera selepas pendakwah terkenal membuat laporan polis dan mahu mengambil tindakan undang-undang susulan dakwaan fitnah terbaharu melibatnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata, permintaan tersebut secara tidak langsung membolehkan pihak Mondy menghantar semula saman kepada pendakwah itu beserta bukti.
“Salam Ebit Lew, kalau boleh cepat sikit hantar saman tu. Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti,” katanya.
Dalam pada itu, Caprice memaklumkan bakal berkongsi pendedahan lanjut yang dibuat oleh Mondy menerusi podcast penuh yang akan ditayangkan pada Jumaat ini.
Sebelum ini, Caprice memuat naik video podcast mengenai pendedahan wanita bertatu dari Indonesia iaitu Mondy Tato yang mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual sebanyak tiga kali oleh seorang individu berpewatakan alim.
Susulan itu Ebit membuat laporan polis pagi tadi selepas pulang ke tanah air dari Jeddah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








