Ebit Lew saman Caprice, Mondy Tattoo
KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memfailkan saman fitnah terhadap penyanyi rap, Caprice dan pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo.
Ebit Lew mengesahkan tindakan itu dalam satu hantaran dalam Facebooknya sebentar tadi.
“Peguam saya Datuk Akberdin telah memfailkan saman fitnah kepada Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam tadi,” katanya ringkas.
Mondy sebelum ini membuat laporan polis menyatakan dirinya telah dirogol oleh pendakwah tersebut.
Ekoran itu, Ebit telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya dan satu lagi laporan polis bagi menafikan kes rogol.
Sehubungan itu, pihak polis telah memanggil 13 orang saksi berhubung kedua-dua kes tersebut setakat ini.
Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








