BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Keputusan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew dijangka diketahui petang ini

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Tenom, Sabah dijangka membuat keputusan petang ini berhubung kes membabitkan pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew yang berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual selepas hampir empat tahun perbicaraan berlangsung.

Prosiding dijadualkan bermula pada pukul 4.30 petang dan perkara itu disahkan oleh kedua-dua pihak termasuk pasukan peguam bela serta pihak pendakwaan.

Ebit Lew, 41, dibicarakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani sejak September 2022 dengan seramai 18 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan, memetik BH Online.

Beliau berdepan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia lingkungan 40-an menerusi aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab.

Ebit Lew pula diwakili peguam Ram Singh bersama Kamarudin Mohmad Chinki serta Prabjit Singh Gill.

Pada 17 April lalu, Ram mengesahkan mahkamah menetapkan 30 April sebagai tarikh keputusan terhadap anak guamnya.

“Disahkan pada 30 April ini (keputusan),” katanya dalam mesej ringkas kepada Bernama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button