JENAYAH & MAHKAMAH

Gangguan seksual: Ketua polis daerah di Sarawak disiasat

CYBERJAYA – Seorang ketua polis daerah di Sarawak sedang disiasat kerana didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang anggota polis wanita bawahannya.

Memetik laporan BH Online, mangsa difahamkan sudah membuat laporan polis semalam yang mendakwa beberapa kali menjadi mangsa gangguan seksual pegawai kanan terbabit.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya, hari ini.

Turut difahamkan, kejadian berlaku sejak bulan lalu selepas anggota wanita terbabit ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan.

Mangsa turut mendakwa diajak ke kediaman pegawai terbabit sebelum menjadi mangsa gangguan seksual, selain mendakwa perbuatan itu turut berlaku di tempat kerja.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button