Tanggal pakaian dalam sesi motivasi: Suami luah rasa terkilan, syukur isteri masih punya iman
KUALA LUMPUR – Seorang suami tampil meluahkan rasa kesal apabila mendakwa program motivasi yang disertai isterinya di Shah Alam dan tular baru-baru ini turut melibatkan sesi menanggalkan pakaian sebagai salah satu kaedah untuk membuang stres.
Lelaki itu berkata, dia tidak menyangka program untuk memberikan ‘me time’ kepada isterinya turut menyelitkan amalan yang sama sekali bercanggah dengan ajaran agama dan norma hidup.

Pendedahan itu diketahui selepas isterinya menceritakan sesuatu yang amat mengejutkan berlaku pada malam terakhir program apabila para peserta diarahkan menanggalkan pakaian.
“Guru yang melatih mereka menghimpunkan semua peserta dan menjadikan malam terakhir itu sebagai satu sesi trauma release untuk melepaskan tekanan, ketakutan dan ketidakyakinan dalam diri.
“Tapi yang saya tak faham, apa kaitannya dengan menanggalkan pakaian sebagai satu kaedah membangkitkan semangat feminin?” katanya menerusi temubual podcast bersama selebriti Caprice.
Menerusi pendedahan tersebut, dia menjelaskan bahawa struktur program itu turut melibatkan hierarki tertentu, bermula daripada guru utama, ketua kumpulan, ejen dan peserta mengikut pecahan kecil.
“Ada kumpulan yang awal-awal sudah diberitahu supaya membawa pakaian seksi, termasuk lingerie.
“Tapi ada juga kumpulan yang langsung tidak tahu. Isteri saya antara yang diberitahu, namun Alhamdulillah dia masih ada iman untuk tidak ikut serta,” jelasnya.
BACA : New Age: Bonda Nor seru wanita tidak lakukan perkara dimurkai Allah
BACA : Jabatan Mufti Pahang beri amaran ajaran New Age meresap dalam program motivasi
Menurutnya lagi, isterinya menjadi saksi bagaimana ratusan wanita dikatakan berada dalam keadaan separuh atau hampir tanpa pakaian dalam dewan tersebut.
Hanya beberapa kelompok kecil yang memilih untuk kekal berpakaian penuh.
Sementara itu Caprice turut menyuarakan rasa terkejutnya dengan berkata:
“Naked in Shah Alam? Ini bukan Bukit Bintang. Ini Shah Alam, kawasan paling kejiranan paling Melayu di Malaysia!”
Setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak penganjur atau pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








One Comment