BERITA SEMASA

Kabinet setuju peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya diasingkan

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersetuju secara dasar untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan bersejarah itu dicapai setelah mesyuarat mendengar pembentangan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Dalam mesyuarat hari ini, Azalina membentangkan beberapa model pengasingan peranan.

“Setelah memberi pertimbangan penuh, Jemaah Menteri bersetuju dengan (model) pengasingan penuh di mana dua jawatan berasingan yang setara akan diwujudkan dalam Perlembagaan (Persekutuan),” katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian dalam sidang media mingguannya, hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button