BERITA SEMASA

Agenda pembangunan perlu saksama – PM Anwar

MUAR – Agenda pembangunan negara tidak wajar dilakukan dengan meminggirkan golongan berpendapatan rendah, tetapi pelaksanaannya perlu memberikan manfaat secara saksama kepada semua lapisan masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan ekonomi yang mapan tidak harus membawa kepada perobohan hak dan kebajikan rakyat.

“Jangan kita membangun sambil meroboh. Kita bina gedung, industri, teknologi, zon ekonomi … tetapi, rakyat ditekan, tidak dipedulikan. Ini bukan pembangunan yang sebenar,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Julina Johan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata prinsip keseimbangan atau ‘ummatan wasatan’ yang ditekankan dalam al-Quran, merangkumi keadilan dari sudut iman dan ilmu, rohani dan jasmani serta duniawi dan ukhrawi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button